SLIM-WITH-ME

Panduan diet secara online bersama Rx-Lite - Revolusi Baru Pelangsingan Badan yang menyihatkan. Kecapi berat badan ideal anda hari ini juga !!!

Online diet guideline with Rx-Lite - A New Revolutionary Slimming Therapy. Achieve Your Ideal Body Weight Today!!!


Sunday, January 24, 2010

KAWAL KALORI ANDA

WAJIB DIINGATI KALAU BETUL-BETUL NAK KURUS CEPAT!
HANYA AMBIL 1000 KALORI SAHAJA SETIAP HARI
KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
LEBIHKAN SERAT, BUAH-BUAHAN, SAYURAN DAN AIR KOSONG


Mudah sahaja untuk mengira pengambilan kalori setiap hari. Paling penting adalah disiplin dan keazaman. Rancang apa yang kita hendak makan lebih awal. Nak lagi senang, buat satu buku 'Diet Diary', buat perancangan makanan untuk seminggu contohnya dan pastikan kita ikut apa yang kita rancangkan. Sebagai contoh, andaikata kita makan 3 kali sehari - Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam. Catitkan apa yang kita makan, dan jumlahkan kalori yang di ambil tadi. Pastikan kalori yang diambil adalah 1000 kalori :) Mudah, bukan?


Bagi pencinta makan segera, sekarang ini kebanyakan restoran makan segera ada menyediakan senarai Khasiat Pemakanan di restoran masing-masing. Anda juga boleh mendapatkannya secara online. Di sini saya sediakan sedikit contoh link untuk memudahkan anda :)


McDonalds
Kentucky Fried Chicken
Pizza Hut
Burger King
Nandos


Selain dari itu, anda juga boleh memeriksa kandungan kalori dalam makanan pada label makanan yang dibeli.


INDEKS KALORI DALAM PEMAKANAN HARIAN RAKYAT MALAYSIA


MINUMAN
1.Minuman berkarbonat 1 tin 285g - 120 kalori
2.Minuman kotak 250g - 105 kalori
3.Susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kalori
4.Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan - 25 kalori
5.Aiskrim 2 skoop- 390 kalori
6.Susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kalori
7.Yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kalori



BUAH-BUAHAN
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



MAKANAN UTAMA
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori



LAUK-PAUK
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori



KUIH-MUIH
1. Kasui dan kelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


MAKANAN SEGERA
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
9. Kepingan keju cheddar (1 keping) = 58 kalori

No comments:

Post a Comment